Ashraf Sinclair Kantoikan Nora Danish Dan Nedim

Ashraf Sinclair Kantoikan Nora Danish Dan Nedim 


Pelakon Ashraf Sinclair telah mengakntoikan bahawa Nora Danish dan Nedim telah berada di tempat yang sama ketika di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, pelakon sensasi Nora Danish sendiri pernah menjelaskan hubungannya dengan Nedim sudah pun berakhir, namun melalui gambar yang dikongsikan olehnya dan juga pelakon Ashraf Sinclair, ia bagaikan memberi petunjuk bahawa mereka kini berada di satu tempat yang sama.

Pada mulanya, Nora Danish memuatnaik gambar bersama isteri Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari ketika di Bali.

Ini gambarnya:

Namun, yang menjadi perhatian ialah apabila Ashraf Sinclair pula berkongsikan gambar dia dan Nedim di tempat yang sama.

Ini sekaligus menarik perhatian peminat dan menimbulkan spekulasi bahawa Nora dan juga Nedim sedang bercuti bersama di Bali.

Namun tiada sebarang kenyataan dari pihak Nora Danish tentang hal ini. Mungkin kebetulan?

Ini gambar yang dimuatnaik oleh Ashraf Sinclair:


0 comments:

Post a Comment