Kamal Adli Bengang Zizan Tak Profesional



Kamal Adli Bengang Zizan Tak Profesional


Kamal Adli kini sah telah digugurkan dari filem Abang Long Fadil 2 yang sepatutnya menggandingkannya dengan pelawak Zizan Razak.

Kedua-duanya mempunyai hubungan dengan pelakon jelita Emma Maembong, yang mana Zizan merupakan bekas kekasih dan Kamal Adli kekasih terkini Emma.

Menurut Kamal lagi, kes dia dibuang dalam filem itu baginya memang tidak profesional dan seperti menutup periuk nasinya sebagai seorang pelakon. 

Menambah lagi kenyataannya, Kamal juga memberitahu bahawa disebabkan permintaan daripada pelawak itu, pihak produksi terpaksa merombak semula skrip filem tersebut untuk menghasilkan jalan cerita yang baru.  

Ini komen Kamal:


"Demi filem ini, saya sanggup menolak semua tawaran yang datang sehingga hujung tahun ini. Malah, saya sudah pun berulang-alik ke gimnasium untuk membina otot tubuh, jelasnya kepada akhbar itu. 

"Saya seorang yang bersikap profesional, walaupun dia tidak mahu saya berlakon. Saya sudah okay sejak awal lagi, malah sudah melupakan perkara lalu. Dia bagaimanapun nampaknya belum dapat menerima kenyataan dan masih mencari kesalahan orang lain," 

Sumber: Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment