Aaisyah Dhia Rana Terima Tawaran Belasan Ribu Ringgit Berlakon Drama


Aaisyah Dhia Rana Terima Tawaran Belasan Ribu Ringgit Berlakon Drama


Aaisyah Dhia Rana anak perempuan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini menerima tawaran untuk berlakon di dalam drama.

Malah melalui laporan BH, bayaran yang diterima juga sama standard dengan pelakon popular. Bagi Che Ta, itu merupakan rezeki yang murah buat anaknya.

Malah Che Ta menambah dia langsung tidak bertujuan untuk mempergunakan anaknya namun menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya.

Ini komen Rozita Che Wan:

"Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia (Aaisyah) dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap," 

"Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa.. itu terpulang. Ini semua soal rezeki.

"Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah," 

Hebat penangan Aaisyah Dhia Rana.

0 comments:

Post a Comment