Apa Yang Achey Buat Kepada Keluarga Arwah Harun Salim Bachik Memang Patut Dijadikan Teladan


Apa Yang Achey Buat Kepada Keluarga Arwah Harun Salim Bachik Memang Patut Dijadikan Teladan


Achey merupakan nama yang kini semakin popular sebagai pelawak tanah air. Achey mula naik setelah menjadi juara Bintang Mencari Bintang yang mana Achey merupakan pelajar Harun Salim Bachik.

Kini setelah Harun Salim Bachik meninggal dunia, Achey tetap meneruskan hubungan dengan keluarga Harun Salim Bachik malah memberi bantuan kepada keluarga Harun.

Ini komen Achey:

"Saya kerap juga menghubungi keluarga Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp. Kadangkala kalau berkesempatan, saya akan melawat mereka untuk bertanya khabar," kata Achey.

"Saya sebelum ini ada membuka perniagaan bersama Allahyarham iaitu Kotak Seni Network. Perniagaan ini, kami buat macam-macam. Kami keluarkan kemeja-T, kek, roti, pusat penjagaan kanak-kanak dan macam-macam lagi.

"Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya,"

Semoga tindakan Achey ini menjadi teladan kepada semua. Syabas Achey kerana tidak melupakan jasa Harun Salim Bachik.

0 comments:

Post a Comment