Sunday, November 22, 2015

Datuk Vida Buat Kejutan Kepada Nizam Laksamana Selepas Tersingkir


Datuk Vida Buat Kejutan Kepada Nizam Laksamana Selepas Tersingkir


Nizam Laksamana akhirnya tersingkir pada konsert minggu keenam program Gegar Vaganza. Namun Nizam menerima kejutan yang amat istimewa apabila dipelawa Datuk Seri Vida mengerjakan umrah.

Nizam berkata, sebaik sahaja konsert tamat, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menajanya ke tanah suci. InsyaAllah pada hujung tahun ini.

Ini komen Nizam:

TERIMA TAJAAN UMRAH

“Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.

“Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci,” 

TAK SIHAT BUKAN ALASAN

“Sudah seminggu saya batuk dan demam dan tenaga saya untuk persembahan pada malam ini tidak mencapai 100 peratus, namun saya cuba berjuang dan buat sehabis baik.

“Saya juga sudah menjangkakan akan meninggalkan pentas GV2 pada malam ini dan tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka,” 

“Sebagai seorang penyanyi saya tidak boleh menjadikan sakit sebagai alasan. Saya terbuka menerima kritikan dan percaya ia untuk kebaikan.

“Kalau saya mahu terus berada dalam industri ini, saya perlu mengambil kata-kata juri sebagai satu motivasi dan perbaiki kekurangan yang ada pada diri ini,” 

Sumber: AstroGempak

1 comments: