Sunday, November 1, 2015

Hadiah Mewah Buat Aaisyah Dhia Rana Dari Rozita Che Wan


Hadiah Mewah Buat Aaisyah Dhia Rana Dari Rozita Che Wan


Aaisyah Dhia Rana boleh dikatakan antara baby paling popular di negara Malaysia ini. Aaisyah merupakan anak perempuan kepada pasangan Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan.



Semalam, Rozita Che Wan dan keluarga telah menganjurkan sambutan hari lahir pertama buat Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah.

Selain itu, Rozita Che Wan yang lebih mesra di sapa Che Ta juga telah memberikan hadiah yang sangat bermakna buat anaknya itu. Hadiahnya merupakan rantai leher berlian. Fuh !!

Sebelum ini, Che Ta menghadiahkan anak sulung­nya, Ammar Effendy sebuah kereta BMW tahun lalu, kali ini Che Ta telah bermurah hati untuk menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya itu namun dia enggan mengulas lanjut mengenai harga rantai leher tersebut.

Ini komen Che Ta:

“Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadanya,” 

Che Ta tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar rantai leher tersebut adalah kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.

0 comments:

Post a Comment