Friday, November 6, 2015

Ini Kenyataan Balas Lisa Surihani Apabila Dituduh Tak Sayang Anak

Ini Kenyataan Balas Lisa Surihani Apabila Dituduh Tak Sayang Anak


Sebelum ini ada beberapa komen dari follower di instagram yang menuduh Lisa Surihani seperti tak sayangkan anak kerana langsung tidak berkongsi gambar anaknya itu.

Anak Lisa Surihani dan Yusry KRU bernama Yahaira Leanne dan gambarnya hanya beberapa keping sahaja iaitu ketika di awal kelahiran dan juga keyika majlis tahnik.

Selepas itu, tiada lagi gambar baby comel ini.

Ini kenyataan dari Lisa Surihani kenapa dia bertindak demikian:

Buat masa ini Lisa dan Yusry bersetuju bersama, kami tidak mahu gambar Yahaira terlalu didedahkan dan kami berdua berasakan ini adalah yang terbaik untuk dia. 

Sampai bila tu bergantung kepada waktu, keadaan dan perbincangan bersama Yusry. Ada banyak sebab sebenarnya. We as her parents just feel its the best for her. 

Bayangkan selepas foto kami bertiga didedahkan, kami sendiri terkejut melihat betapa banyak akaun laman media sosial termasuk Instagram yang diwujudkan khalayak atas nama Yahaira. 

Ada pula yang mengambil keuntungan di atas akaun terbabit dengan menjual barang dan perkhidmatan. Hal ini cukup merisaukan Lisa sebagai ibu.

Itulah penjelasannya. Memang bahaya juga kalau ada orang ambil kesempatan. Kesian baby comel tu.

0 comments:

Post a Comment