Monday, November 2, 2015

Ini Komen Zul Handy Black Dan Ezlynn Apabila Tersingkir Di Gegar Vaganza

Ini Komen Zul Handy Black Dan Ezlynn Apabila Tersingkir Di Gegar Vaganza


Memang mengejutkan apabila penyanyi bersuara mantap Zul Handy Black dan juga Ezlynn tersingkir awal di pentas pertandingan Gegar Vaganza.

Memang penonton rata-rata tak berpuashati dengan keputusan tersebut. Ada memberi pandangan bahawa Sheeda dan Amir Ukays juga teruk malam itu.

Zul Handy Black mendapat cabaran yang hebat apabila terpaksa menyanyi lagu Rossa dan jelas dia tidak selesa membawa lagu tersebut kerana tone suaranya memang rock.

Oleh kerana lagu yang susah, ramai penonton tak berpuashati Zul Handy Black tersingkir.

Apapun ini komen Zul dan juga Ezlynn:

Komen Zul:

“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat. 

“Saya tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar. 

“Dapat menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,”

Komen Ezlynn:

“Saya tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa meninggalkan pentas GV2 pada minggu ini. Dalam apa juga pertandingan yang saya sertai, perjalanan saya dalam dunia seni tidak bernah berakhir. 

 “Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang untuk saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan,”


0 comments:

Post a Comment