Wednesday, November 18, 2015

Ini Respon Alyah Apabila Nabil Selalu "Bahan" Dia Dan Suami, Ramli MS


Ini Respon Alyah Apabila Nabil Selalu "Bahan" Dia Dan Suami, Ramli MS


Penyanyi Alyah merupakan isteri kepada Dato Ramli MS dan mereka berdua selalu dijadikan bahan oleh Nabil di dalam rancangan Gegar Vaganza.

Alyah kini memberi respon tentang hal itu. Bercakap kepada portal Astro Gempak, penyanyi ini tidak pernah terasa apabila Nabil atau Jihan mengusik suaminya, Datuk Ramli MS.

Ini komen Alyah:

“Saya belum tengok lagi GV2 kerana hujung minggu saya bekerja, tetapi tahu mengenai usikan Nabil itu menerusi kawan-kawan.

“Saya tahu Nabil seorang yang gila-gila, walaupun ada sesetengah orang berpendapat usikan Nabil itu keterlaluan tetapi saya tak pernah rasa apa-apa pun,"

“Datuk tak pernah pun bercerita tentang Nabil yang selalu menyakatnya, kerana kami tidak pernah mencampuri urusan kerja masing-masing,” 

Beberapa hari yang lalu Alyah dan juga team produksi Gegar Vaganza telah membuat kejutan hari lahir buat Dato Ramli MS.

Ini komen Alyah:

“Inilah pertama kali suami saya menerima kejutan pada hari ulangtahun kelahirannya. Pada mulanya saya risau juga dia marah atau tidak suka, tetapi rupanya dia sangat gembira.

“Terima kasih kepada ‘team’ GV2 dan saya amat menghargainya,” 

Sumber: AstroGempak


0 comments:

Post a Comment