Sunday, November 29, 2015

"Pak Yus Melawak Bukan Kerana Nama" - Luahan Terakhir


"Pak Yus Melawak Bukan Kerana Nama" - Luahan Terakhir




Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka merupakan luahan terakhir dan juga nasihat kepada para penonton.

Persembahan Pak Yus ketika menyanyikan lagu Ramli Sarip berjudul "Bukan Kerana Nama" amat menyentuh perasaan penonton.

Helmi berkata, arwah menyampaikan lagu Bukan Kerana Nama yang telah ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.


Helmi yang bertindak sebagai pengacara pada malam tersebut memberitahu arwah menyampai tiga buah lagu termasuk lagu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, arwah tidak banyak bercakap dan kelihatan pucat sepanjang persembahan pada malam itu.

Ini komen Helmi:

"Ketika dia menyanyi lagu tersebut saya sendiri rasa sebak kerana cara nyanyian serta lagu tersebut diubah liriknya seperti memberi nasihat buat kali terakhir. 

"Lagu yang sepatutnya dinyanyikan lirik 'aku menulis bukan kerana nama', ditukar kepada 'aku melawak bukan kerana nama' serta lirik lain yang banyak menyentuh nasihat. Saya tidak sangka itu adalah kali terakhir saya berkongsi pentas dengannya,"

"Dia sangat lain, selalu jika saya melawak dengannya pasti dia sambut, tetapi tidak semalam. Dia banyak diam dan wajahnya pucat.

"Saya tanya adakah dia tidak sihat, namun katanya, dia agak penat," 

Helmi The Gimmick yang juga peserta Raja Lawak bersama Pak Yus berkata, arwah juga merupakan seorang yang perahsia dan tidak memberitahu tentang penyakit yang dihadapinya.

Ini komennya:

"Saya kenal dia ketika satu pentas Raja Lawak musim pertama dan dia seorang yang suka menyendiri. Ketika di hospital semalam pun saya ada bertanya kepada keluarganya tentang penyakit tersebut.

"Keluarganya mengakui dia ada mengihidap sakit jantung dan asma," 

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.

Allahyarham meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengadakan persembahan di Konsert Raja Band di Dataran Merdeka, malam Ahad.

Jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment