Wednesday, November 4, 2015

Pukul Pelakon: Ini Komen Pengarah, Azma Aizal Dan Juga Penerbit Rosyam Nor

Pukul Pelakon: Ini Komen Pengarah, Azma Aizal Dan Juga Penerbit Rosyam Nor


Pengarah drama, Azma Aizal Yusoof memberitahu bahawa ada sebab mengapa dia memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara.

Azma diminta mengulas mengenai tindakannya yang memukul Ika Nabella, 26, di set penggambaran drama terbitan Suhan Movies milik Rosyam Nor.

Ika Nabila mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu dan telahoun membuat laporan polis.

Sementara itu, Azma berkata, dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.

Ini komen pengarah tersebut:

"Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah,"

"Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

"Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana 'berkicau'," 

Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.

Sementara itu Rosyam Nor juga memberi komen tentang hal ini dan mengarahkan pengambaran drama itu ditangguhkan buat sementara waktu.

Ini komennya:

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai,"

"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,"

0 comments:

Post a Comment