Thursday, November 12, 2015

Siti Nurhaliza Hamil 2 Bulan - Dedah Keluarga Terdekat


Siti Nurhaliza Hamil 2 Bulan - Dedah Keluarga Terdekat


Nampaknya teka teki kehamilan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza masih lagi menjadi topik hangat.

Yang terbaru sumber terdekat kepada penyanyi itu mendedahkan sendiri perkara tersebut kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini Siti ada menafikan berita kehamilannya tetapi itu mungkin kerana faktor masih terlalu awal, tak elok dihebohkan.

Ini komen ahli keluarga terdekat itu:

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu”

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan”

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua,” j

Selain itu, Siti juga didakwa tidak tidak terbang ke Palembang, Indonesia untuk meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini atas nasihat doktor.

Malah video Siti dan juga penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan ketika konsert Satu suara baru-baru ini turut menguatkan spekulasi tersebut. Doakanlah yang terbaik untuk pasangan ini.

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment