Sunday, November 8, 2015

Siti Nurhaliza Kini Hamil? - Lapor Berita Harian

Siti Nurhaliza Kini Hamil?- Lapor Berita Harian


Hari ini peminat Siti Nurhaliza dikejutkan dengan perkongsian dari akhbar Berita Harian yang melaporkan pertanyaan samada benarkah Siti Nurhaliza kini hamil.

Berita kehamilan Siti Nurhaliza dikatakan diceritakan oleh anak tirnya sendiri iaitu Asyraf.

Sememangnya berita ini menceriakan ramai peminat Siti Nurhaliza sekiranya ianya benar. Di laman instagram CTDK, ramai peminat sudah mula mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza setelah mendengar laporan dari BH ini.

Jom baca laporan penuh dari BH:

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil. Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu. 

Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya. 

Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat. 

Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. 

Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu. Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini. BH Online mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran itu benar. 

Sumber: BH


0 comments:

Post a Comment