30 Gambar: Suasana Hiba Sekitar Istiadat Pengebumian Almarhum Tunku Jalil

30 Gambar: Suasana Hiba Sekitar Pengebumian Tunku Jalil


Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil disahkan telah mangkat semalam ekoran komplikasi barah yang dialaminya.

Tunku Jalil mangkat pada jam 7.11 petang dan hari ini, istiadat pemakaman (majlis pengebumian) diadakan selepas solat Zuhur.

Suasana hiba mengiringi pemergian Tunku Jalil yang sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat.

Sekitar 1.55 petang, pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil tiba di Makam DiRaja Mahmoodiah diiringi kira-kira 30 AskarTimbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan sepanjang tiga kilometer.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain turut mengiringi jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Tunku Mahkota Johor sendiri turut berkenan untuk menyempurnakan pemakaman yang diketuai Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.

 Istiadat disempurnakan pada kira-kira 3.45 petang.

































0 comments:

Post a Comment