Thursday, December 17, 2015

Adira Bakal Nikah VIP Sebagai Isteri Kedua?


Adira Bakal Nikah VIP Sebagai Isteri Kedua?


Melalui satu laporan dari portal hiburan Rotikaya, penyanyi jelita Adira dikatakan bakal bernikah dengan seorang VIP sebagai isteri kedua.

Dikatakan juga, isteri pertama Dato' tersebut merestui hubungan mereka dan Adira ada memuatnaik gambar bersama dengannya di laman sosial.

Ini laporan dari ROTIKAYA:

Perkongsian gambar Adira AF baru-baru ini di Instagram bersama seorang wanita bagaikan merungkai jawapan kepada persoalan siapakah wanita tersebut. 

Dakwa sumber kepada kami, khabarnya Adira bakal menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berpangkat Dato’.

Selain itu, perbualan di laman sosial Facebook juga seperti mengiyakan perkara tersebut. Apa yang menarik perhatian, isteri pertama kepada Dato’ itu juga kelihatan redha dan merestui perkara tersebut.

Jika benar apa disampaikan ini, pastinya ia sesuatu yang baik buat Adira dan semoga rumahtangga yang dibina bahagia hendaknya. Apa pun, Adira pastinya mempunyai jawapan yang sebenar mengenai perkara ini. 




0 comments:

Post a Comment