Monday, December 21, 2015

Adira Sahkan Dah Bernikah Dengan Datuk Seri Adnan Sebagai Isteri kedua


Adira Sahkan Dah Bernikah Dengan Datuk Seri Adnan Sebagai Isteri kedua


Penyanyi jelita Adira telah tampil membuat kenyataan berhubung gosip yang mengatakan dia sudah bernikah baru-baru ini.

Adira mengesahkan dia kini telah bernikah dan merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan. Adira dan suaminya telah bernikah kira-kira 3 minggu lalu.

Ini komen Adira:

"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

"Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu," 

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi yang berasal dari Sabah telah digosipkan berkahwin setelah beberapa portal hiburan mendapat hint dari teman rapat. Kemudian Adira memuatnaik gambar madunya di laman sosial yang menguatkan lagi spekulasi itu.

Bertambah menarik. perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Datuk Seri Adnan, suami Adira adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tahniah diucapkan :)

0 comments:

Post a Comment