Tuesday, December 8, 2015

"Dia Yang Harus Minta Maaf" - Fazura


"Dia Yang Harus Minta Maaf" - Fazura


Fazura tetap tidak mahu memohon maaf kepada followernya ekoran tersilap faham maksud KimK yang telah menjadi viral baru-baru ini.

Kes ini sama seperti kes menate yang berlaku kepada Azwan Ali tak lama dulu.

Fazura dalam kenyataan terbarunya mahu wanita itu yang meminta maaf kerana menulis KimK, dan menyebabkannya tersalah faham.

Ini komen Fazura;

“Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.

“Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu,” 

“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,”.

-Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment