Tuesday, December 29, 2015

Ezany Malu Dengan Datin Paduka, Dedah Punca Mengapa Isteri Baru Nak Bersuara


Ezany Malu Dengan Datin Paduka, Dedah Punca Mengapa Isteri Baru Nak Bersuara


Pelakon Ezany Nizariff sedang dilanda kontroversi apabila isterinya membuat pendedahan media semalam tentang hal rumah tangga mereka. (BACA SINI)

Ezany kini membalas kenyataan isterinya dan mendakwa isterinya iaitu Lizda Nuryanti Abidin membuat pendedahan kepada media tentang masalah rumah tangga mereka selepas cinta dia terhadap seorang lelaki ditolak.

Ezany Nizariff menyifatkan tindakan Lizda adalah lucu dan tidak bijak. Selain itu Ezany mengatakabn isterinya berbohong tentang segala-galanya.

Ezany juga mahu isterinya itu memberi bukti setiap kenyataan yang dibuatnya.

Ini komennya:

"Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.

"Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula," 

"Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.

"Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?

"Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu," 

Sementara itu, Ezany berkata, pendedahan Lizda itu membuatkan wanita yang rapat dengannya dikenali sebagai Datin Paduka K turut terkena tempias kemelut masalah rumah tangganya itu.

"Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat," 

Ezany memberitahu bahawa kes cerai dan nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya manakala tuntutan hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan sementara anak dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Semua kes masih belum selesai.

Sementara itu, Lizda pula mendakwa telah mendapat hak penjagaan sementara dua anak mereka di Mahkamah Rendah Syariah Tawau.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan pada 1 Julai 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun).

0 comments:

Post a Comment