"I Tak Tahu Nak Buat Apa...I Nak Perform Apa Lagi?" - Luah Johan Raja Lawak

"I Tak Tahu Nak Buat Apa...I Nak Perform Apa Lagi?" - Luah Johan Raja Lawak 


Semalam, Juara Parodi telah berlangsung khas buat arwah Pak Yus Jambu yang telah meninggal dunia Ahad yang lalu.

Ramai artis yang hadir termasuk rakan karib dan rakan artis. Namun tidak kelihatan kelibat Johan pada malam itu. Ramai juga peminat Johan bertanya mengapa dia tak datang..

Ini luahan johan sebenarnya. Caption ini ditulis oleh isteri Johan iaitu Ozlyn.

Ajak shuben (husband) kita pegi.. 
Dia ckp "i xtau nak buat apa kt sana.. " 
Kita ckp "pegi je lah.. Mungkin bila smp sana u tau apa yg u nak buat" 
Jawapan dia "syg.. I dpt mandikan dia syg.. Dan i rasa itulah lah perkara yg paling terbaik yg i dpt buat utk dia di kali terakhir i dpt tatap muka dia sblm dia dikebumikan dan i x dpt tgk lg muka dia" i nak perform apa lg?? Utk i kali terakhir i mandikan dia tu lah yg i perform utk dia..." 

bilik sunyi kembali... 

Pak Yus.. Semoga segala amalanmu dpt membantu mu di sana.. Xde lg org yg nak bergadoh ngan mama.. Bodek ckp mama lawa semata2 nak suh papa tido lewat nak ajak main ps4.. Xde lg la org nak anta ikan pekasam kt mama.. Xde lg org yg mama nk ungkit "mana mangga harum manis mama??? Mane kasut adidas mama?? Pakyuih nipu mama jek kan??" Pakyuih kalau nak elak mesti ckp "uishhh papa... Mama lawa woooo" dh xde dah sume tu.. Tenang lah dikau di sana pakyuih.. Ramai yg mendoakan utk pakyuih.. Ya Allah kau tmptkan lah abg kami dikalangan hamba2 mu yg beriman.. Permudahkanlah segalanya buat dia di sana... Amin..

Mungkin Johan tidak lagi mahu terus menangisi pemergian Pak Yus Jambu. Ye lah memang berat untuk hadir ke majlis seperti itu.

Ramai pelawak yang hadir dilihat tak mampu menahan kesedihan mereka dengan pemergian arwah Yus Jambu.

Apapun mari doakan buat Yussry bin Edoo.

0 comments:

Post a Comment