Friday, December 25, 2015

Ini Komen Dari Bekas Tunang Adira, Shahrul Tentang Perkahwinan Mengejut Adira


Ini Komen Dari Bekas Tunang Adira, Shahrul Tentang Perkahwinan Mengejut Adira


Bejas tunang Adira, Shahrul Nasrun telah memberi respon setelah ditanya wartawan AstroGempak tentang pernikahan mengejut Adira dengan Dato Seri Adnan.

Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, meminta supaya peminat berhenti memberikan tuduhan negatif terhadap bekas tunangnya penyanyi Adira.

Bagi Shahrul, Adira telah pun menemui cinta hatinya dan lebih baik sekiranya peminat mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.


Sebagai seorang kawan, dia berharap Adira bahagia dan menjaga rumah tangganya dengan baik.


Ini komen Shahrul: (AstroGempak)

“Saya lihat begitu banyak komen serta tuduhan bukan-bukan yang diberikan terhadap dia (Adira). Saya rasa tak perlulah nak kecam, soal perkahwinan itu adalah hak peribadi masing-masing.

“Kita tidak berhak untuk menilai keputusan yang dibuat oleh Adira.  Lebih elok sekiranya kita mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua,” 

“Secara jujur saya dapat tahu mengenai berita perkahwinan ini daripada seorang sahabat namun dalam masa yang sama saya juga tidak terkejut kerana kami sudah tidak mempunyai sebarang ikatan.

“Tahniah buat Adira kerana telah memasuki satu fasa baru dalam kehidupan dan sebagai rakan saya mendoakan kebahagiaan mereka berdua.”

Untuk pengetahuan, Adira pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun pada 22 Disember 2014 namun ikatan pertunangan itu putus kira-kira 6 bulan yang lalu.

0 comments:

Post a Comment