Ini Respon Dato Seri Vida Tentang Komen Fizo Omar


Ini Respon Dato Seri Vida Tentang Komen Fizo Omar


Baru-bari ini, pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Vidat elah dikaitkan dengan status yang dimuat naik pelakon Fizo Omar di laman Twitter.

Setelah tamat final Gegar Vaganza, Fizo telah menulis “Potong stim la tengok #gegarvaganza ni...Nak tengok otai-otai menyanyi, bukannya...”

Walaupun Fizo tidak mengaitkan sesiapa menerusi tweet itu, namun pengguna twitter merasakan ia ditujukan kepada Datuk Seri Vida yang juga penaja utama Gegar Vaganza kerana tampil agresif mempromosikan produknya di rancangan itu.

Mengulas tentang perkara itu, Datuk Seri Vida akui sebenarnya dia terkejut pada awalnya tetapi tidak mengambil peduli mengenainya.

Ini komen Dato Seri Vida:

“Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.

“Tatapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah.

“Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya,” 

“Nawaitu saya cuma satu...Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan.

“Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga.

“Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa.

“Jika mahu berjaya, kita peru sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Saya bersyukur kerana akhirnya produk saya diterima dan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh..Barulah Puteh” juga turut meniti dibibir masyarakat. Alhamdulillah...mujur ada Pamoga,” 

Haha memang aura positif betu Datuk Seri Vida ni. Semoga sukses selalu. InsyaAllah

Sumber: Astrogempak

1 comments:

  1. Terbaik datuk seri vida adat org berniaga ada yg suka dan ada pula yg iri hati sudah menjadi asam garam pada yg berniaga ni,kita teruskan apa yg kita rasa baik dlm perniagaan dan teruska perjuangan .

    ReplyDelete