(Isu KimK) Ini Komen Terkini Vii Narza, Mangsa Hinaan Fazura


(Isu KimK) Ini Komen Terkini Vii Narza, Mangsa Hinaan Fazura


Kini isu KimK sedang menjadi perbualan hangat di laman sosial. Fazura dilihat cuba mempertahankan bahawa dirinya adalah betul tentang isu 'KimK' itu.

Walaupun memang jelas, wanita yang menulis perkataan KimK itu langsung tidak mahu mengutuknya. Fazura dilihat cuba memalukan wanita itu dan tidak mahu meminta maaf walaupun dia tersalah anggap.

Wanita itu bernama Vii Narza, yang menjadi mangsa hinaan Fazura di laman sosial. Vii memberitahu sebenarnya dia langsung tidak perasan KimK akan disalah erti maksud seperti mencarut.

Wanita yang dikenali dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.

Ini komen Vii Narza:

"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

"Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik," 

Vii Narza akui terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga memuat naik gambarnya di laman sosial.

Sementara itu, ditanya sama ada dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan, Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon berkenaan.

"Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya pihak dia," 

Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.

Kebanyakan pengikut laman sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.

2 comments: