Tuesday, December 1, 2015

Luahan Hati Dato K Setelah Siti Nurhaliza Keguguran

Luahan Hati Dato K Setelah Siti Nurhaliza Keguguran


Siti Nurhaliza semalam mengesahkan telah keguguran anak mereka setelah lebih 2 bulan hamil. Suami Siti Nurhaliza, Dato K telah memberi komen tentang hal ini dan meluahkan perasaannya.

Ini komen Dato K.

“Apa sekalipun yang berlaku, saya tetap me­nyayangi Siti sampai ke jannah (syurga), saya cintakan dia sehingga ke hujung nyawa saya,” 

“Kita reda, kita terus tabah dengan ujian Allah ini. Aturan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat hamba-Nya. Itu pesan saya buat Siti. Insya-Allah, masih boleh berusaha lagi. Saya tahu, isteri saya seorang yang sangat kuat untuk melalui semua dugaan ini,”

Jelas Dato’ K atau nama sebenarnya Khalid Mohamad Jiwa, mereka suami isteri redha dengan ujian berkenaan dan turut menyatakan bahawa mereka masih boleh berusaha lagi selain percaya isterinya tabah menghadapi dugaan tersebut.

Siti Nurhaliza disahkan disahkan keguguran setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta di ibu kota.

Kini, Siti Nurhaliza sedang berpantang di rumah dan akan menjalani kegiatan seni seperti biasa selepas habis pantang. Semoga Siti dan Dato K sihat selalu dan kuatkan semangat serta tabah harungi dugaan ini.

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment