Saturday, December 5, 2015

Luahan TMJ Setelah Pemergian Tunku Jalil

Luahan TMJ Setelah Pemergian Tunku Jalil


Semalam Putera Johor, Tunku Jalil yang merupakan anakanda Sultan Johor ke-4 telah disahkan meninggal dunia dan mangkat.

Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015.

Abang sulung Tunku Jalil iaitu Tunku Ismail atau lebih dikenali sabagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), telah meluahkan perasaannya di laamn facebook.

Ini tulis TMJ:

Kepada adikku yang dikasihi... 

Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. 

Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. 

Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu. 

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Salam takziah buat keluarga DiRaja Johor.

1 comments: