Marsha Milan Peluk Islam, Nikah Khamis Ini


Marsha Milan Peluk Islam, Nikah Khamis Ini


Marsha Milan Londoh akhirnya akui bakal berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada Khamis ini dan dia mengesahkan sudah memeluk Islam beberapa minggu lalu.

Marsha berkata, dia telahpun melafaz dua kalimah syahadah dan berlangsung dengan tenang dan lancar sambil disaksikan keluarga terdekat.

Namun lokasi pengislaman dan tarikh sebenar majlis itu dirahsiakan atas permintaan keluarga. Dia juga masih mengekalkan nama asalnya.

Ini komennya:

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya.

"Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak," 

"Saya memilih untuk lebih berdiam diri dari berbicara tentang perancangan perkahwinan saya kepada pihak media kerana ada banyak hal yang kami perlu uruskan sebelum ini. 

"Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum.

"Saya sangat gembira sekali dengan penyatuan ini. Apa yang saya harapkan, majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah buat saya dan keluarga kami,"

Marsha sempat berkongsi kisah percintaannya dengan Mohamed Shaiful Nizam. Marsha berkata, dia mengenali ahli perniagaan itu sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik sejak 2013.

Kata Marsha,Shaiful seorang yang jujur dan ikhlas serta hormat ahli keluarga dan sikap itu berjaya menambat hatinya.

Sementara itu majlis pernikahan pasangan berkenaan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media. Namun pihak pengurusan Marsha akan megedarkan kenyataan media bagi tujuan hebahan kepada peminat.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

Tahniah kepada Marsha


0 comments:

Post a Comment