Sunday, December 20, 2015

(PUTUS CINTA) Fathia Tampil Jelaskan Punca Perpisahan Dengan Aiman Hakim Ridza


(PUTUS CINTA) Fathia Tampil Jelaskan Punca Perpisahan Dengan Aiman Hakim Ridza


Percintaan antara pelakon Fathia Latiff dan juga Aiman Hakim Ridza selama 3 tahun telah pun berakhir setelah Fathia sendiri akui mereka telah putus bercinta.

Kata Fathia, mereka berdua clash atau berpisah 2 minggu lepas dan berpisah dengan baik dan puncanya adalah kerana tiada lagi persefahaman.


Fathia kini memberi fokus seratus peratus kepada kerjayanya dan langsung tidak bermusuh dengan bekas kekasihnya itu.

Ini komennya:


"Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. 

"Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.

 "Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami," 

 "Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. 

"Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh,"

Sumber: BHarian


0 comments:

Post a Comment