Respon Balas Jamal Abdillah Setelah Dirinya Dan Nabil Menjadi Kontroversi Di Gegar Vaganza


Respon Balas Jamal Abdillah Setelah Dirinya Dan Nabil Menjadi Kontroversi Di Gegar Vaganza


Datuk Jamal Abdillah meminta supaya semua pihak tidak terus marah dan juga menghentam pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, ekoran gurauan mereka di pentas final rancangan Gegar Vaganza baru-baru ini.

Menurut Jamal, Nabil tidak harus dikecam memandangkan pelawak dan pengacara muda itu telah menjalankan tugasnya dengan baik untuk menghiburkan orang ramai sepanjang rancangan tersebut ke udara.


Jamal Abdillah turut menafikan dia marah kepada Nabil apabila melalui beberapa dialog pelawak itu, yang menjadikannya bahan lawak.

Jamal Abdillah juga memahami tugas Nabil dan tidak menyimpan dendam langsung.


Ini komen Jamal Abdillah:

“Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur,” 

“Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan. Bagaimanapun, oleh sebab ‘Jamal Abdillah’ ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil."

"Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata."

“Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi,” 

Gurauan dan juga lawak Nabil kepada jamal Abdillah mendapat liputan yang meluas terutama dari para peonton.

Ada yang mengatakan Nabil agak keterlaluan namun ada juga yang mengatakan Jamal Abdillah terlalu serius dan ada yang menggelarkannya poyo.

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment