Sunday, December 27, 2015

Siti Nordiana Berang, Beri "Warning"


Siti Nordiana Berang, Beri "Warning"


Pemenang Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana (Nana) terkejut dan berang lantas memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mewujudkan akaun Instagram palsu serta laman-laman sosial lain menggunakan namanya dengan tujuan mengambil kesempatan terhadap peminat-peminatnya.

LAMBAKAN AKAUN PALSU

Sehingga kini, Nana berkata terdapat sebanyak 14 akaun Instagram palsu menggunakan namanya untuk menarik follower dan ini mengelirukan peminatnya.

Ini komennya:

"Apabila saya search nama sendiri di Instagram, banyak akaun palsu pula. Sehinggakan individu yang tidak bertanggungjawab ini bersungguh-sungguh mahu mengesahkan kepada peminat-peminat saya bahawa dia adalah Siti Nordiana.

"Mungkin benda ini dilihat remeh, tetapi ia buatkan saya risau kerana peminat boleh tertipu. Andai kata individu tersebut cuba mengambil kesempatan terhadap peminat-peminat, ia akan memburukkan nama saya," 

Nana berharap pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membuang akaun palsu berkenaan dan tidak mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

Setakat ini, akaun instagram original Siti Nordiana mempunyai kira-kira 380 ribu pengikut Instagram.

Ini insta Siti Nordiana ynag original (KLIK SINI)

KEHIDUPAN SELEPAS BERGELAR JUARA

Apabila ditanya tentang kehidupan selepas menang Gegar Vaganza, Nana akui dia tidak putus-putus menerima undangan persembahan sejak bergelar juara.

Kesibukan itu membuat Nana tidak mempunyai masa untuk berehat dan berjumpa dengan anak lelaki tunggalnya, Ryyan Nakhaie, 7, yang menetap di Seremban.

Ini komennya:

"Sejak habis Gegar Vaganza 2, saya belum bercuti lagi. Setiap hari saya bekerja tanpa henti.

"Berbeza dengan sebelum menyertai program itu, saya hanya memenuhi jemputan nyanyian seminggu sekali sahaja.

"Mujurlah anak saya faham yang ibunya bekerja mencari rezeki. Saya bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang,"

"Kalau dulu, saya hanya mempunyai sekelompok peminat yang sangat setia. Tetapi sekarang ini, semakin banyak.

"Malah dahulu saya tidak dapat layanan seperti sekarang. Perniagaan jubah menerusi label 'Paling Comel' juga semakin laris. Alhamdulillah. Saya anggap perkara ini sesuatu yang positif,"

Dalam perkembangan lain, Nana bakal muncul sebuah single lagu baharu pada tahun depan.

0 comments:

Post a Comment