41 Syarat "Terlajak Pelik" Dari Aliff Syukri Kepada Pasukan Selangor



41 Syarat "Terlajak Pelik" Dari Aliff Syukri Kepada Pasukan Selangor


Laporan Harian Metro melaporkan Aliff Syukri yang popular menerusi tagline "Terlajak laris" mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41 syarat.

Ini menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan yang menjadi viral sebelum ini.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants.

Antaranya ialah:

-Menukar warna jersi pasukan kepada hijau
-Pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak Gol” setiap kali gol dijaringkan
-Stadium dicat warna hijau

Namun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh Aliff Syukri.

Menurut sumber itu, FAS mungkin akan menolak penajaan tersebut kerana kesukaran memenuhi syarat yang ditetapkan.

Ini komen sumber itu:

“Berdasarkan kepada perbincangan awal dalam kalangan pihak pengurusan, mungkin kami terpaksa menolak tajaan itu kerana syarat dikenakan agak sukar untuk dipenuhi.

“Ini kerana FAS lebih mengutamakan soal jati diri dan pasukan Selangor yang selama ini menjadi tunjang kepada keutuhan dan kekuatan pasukan,” 

Kata akhbar itu lagi, penolakan tawaran “terlajak laris” itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Namun jika boleh mengurang atau membatalkan beberapa syarat, kemungkinan kami sedia mempertimbangkan semula tajaan mereka. Apa pun terpulang kepada D’Herbs untuk menukar syarat itu,” kata sumber itu lagi.

Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment