SAH: Shaheizy Sam Bakal Nikahi Syatilla Melvin

SAH: Shaheizy Sam Bakal Nikahi Syatilla Melvin


Pelakon popular Shaheizy Sam bakal nikahi Syatilla Melvin yang merupakan pelakon baru. Berita ini disahkan sendiri oleh Shaheizy Sam menerusi sidang media sebentar tadi.

Sebelum ini berita kuat mengatakan bahawa Sam sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan namun tidak mengetahui siapakah bakal isterinya. Memang berahsia.

Akhirnya hari ini pelkoan Polis Evo ini mendedahkan identiti bakal isterinya itu dan mereka berdua bakal bernikah pada 8 Februari depan yang akan diadakan di Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari. Manakala majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.

Peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini.


0 comments:

Post a Comment