"Dia cakap kami hanya kawan, maka kawanlah" - Zizan


"Dia cakap kami hanya kawan, maka kawanlah" - Zizan


Zizan Razak akhirnya buka mulut memberitahu hubungannya dengan Vie Syanty Harun masih lagi dianggap sebagai kawan sahaja.

Vie Shanty merupakan bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof yang telahpun bercerai.

Ini komen Zizan:

"Dia cakap hubungan kami hanya kawan, maka kawanlah... itu sahaja yang boleh saya komen,

"Saya tidak boleh komen lanjut kepada perkara yang tidak patut saya komen," 

"Saya tidak tahu mengapa orang cari dan korek tentang perkara ini, cukuplah apa yang dah keluar itu," 

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan wanita tersebut apabila terdapat foto mereka bergambar bersama dan pelawak ini juga ada mendedahkan bahawa mereka pernah keluar menonton wayang.

Namun, Zizan berkata, mereka keluar beramai-ramai dengan ditemani oleh ahli keluarga.

Sumber: mStar

Ayda Jebat Terus Dikecam Setelah Menang Besar Anugerah Meletop Era

Ayda Jebat Terus Dikecam Setelah Menang Besar Anugerah Meletop Era


Pelakon dan penyanyi Ayda jebat terus menerima kritikan setelah memenangi banyak trofi hasil kemenangan besar di Anugerah melatop Era 2016.

Majlis anugerah yang berlangsung Ahad lalu menyaksikan Ayda jebat menewaskan Siti Nurhaliza selain nama besar yang lain sebagai Penyanyi Wanita Meletop.

Selain itu lagunya yang berjudul S"iapa Diriku" juga dipilih sebagai Lagu Meletop menewaskan banyak lagu popular yang lain.

Ayda Jebat juga dinobatkan sebagai Artis Top Meletop Wanita yang mengejutkan orang ramai.

Ini komen orang ramai:











Azwan Ali Hentam Anugerah Syok Sendiri

Azwan Ali Hentam Anugerah Syok Sendiri


Pengacara popular Azwan Ali telah menghentam satu majlis Anugerah yang baru sahaja selesai berlangsung beberapa hari yang lalu.

Bagi Azwan Ali, anugerah ini seperti syok sendiri selain mengatakan pemenang hasil undian diri sendiri. Artis tersohor pula pulang dengan telur sahaja.

Azwan Ali dikatakan sudah banned majlis hiburan seperti ini. Azwan Ali yang popular dengan nama Diva AA juga sempat memuatnaik gambar screenshot beberapa komen dari peminat nya yang turut mengecam anugerah ini.

Jom lihat kenyataan Azwan Ali di IG miliknya

WHAT ?
KECOH ON MY TL ?
HANCUSSSS RUPA NYA
#AnugerahSANGKAKnegara?

YG MENANG KRONI KRONI
HARU
MEREKA ?
THEN ARTIS TERSOHOR ?
BALIK DGN TELOR ?

TAHNIAH LA DARI
DIVA AA !
YG NAIK TURUN STAGE
PUN?
SEMUA PUAK PUAK
YG KAKI AMPOOO
& DI UNDI
MAK BAPAK SENDIRI
JER PUN !
ANUGERAH SYOK SENDIRI
LA SAMDOLLLL !

& PADA YG KALAH ?
SESUWEI LA NOKKK !
DAH TAHU ZAMAN
KO DAH LAMA
KERINGGGG ?
NAK GAK
TERCALON ?
KANNNZ DAH MALU
KODOK ?

YG PTG
SATU DUNIA DAH VIRAL !
ABG OBAMA PUN TAHU ?
DIVA AA
BANNED ALL
MAJLIS KONON
PRESTIJ DUNIA HIBURAN
MSIA !






Gambar Seksa Selebriti Di Anugerah Meletop Era 2016

Gambar Seksa Selebriti Di Anugerah Meletop Era 2016


Anugerah meletop Era 2016 berlangsung semalam dengan penuh meriah dan warna warni. Anugerah ini telah dimonopoli oleh Ayda Jebat yang memenangi banyak anugerah.

Sementara itu di karpet merah pula seperti biasa para selebriti tampil dengan pelbagai macam ragam fesyen dan juga gaya. Ada yang cantik namun ada juga yang agak pelik.

Jom layan gambar beberapa fesyen yang agak seksa dilihat. haha

















(4 GAMBAR) Bayi Maut Dicampak Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota

Bayi Dicampak Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota


Seorang bayi perempuan maut dicampak dipercayai oleh ibunya yang berusia 36 tahun dari tingkat 18 Flat Danau Kota, Setapak.

Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi tadi oleh seorang seorang lelaki. Saksi terus segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah di kepala.

Ini komen pihak polis:

"Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.

"Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun," 

Difahamkan, wanita terbabit ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat tersebut bersama seorang anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

 Menurutnya, suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.





"Syarul Sejahat- Jahat Manusia" - Ustaz


"Syarul Sejahat- Jahat Manusia" - Ustaz


Pelakon Syarul Ridzwan kini telah menukar namanya dan menggunakan nama betulnya iaitu Saharul Ridzwan. Pelakon ini juga telah menukar namanya di laman instagram.

Sebelum ini, dia memilih nama Syarul Ridzwan untuk tujuan komersial, namun setelah ditegur seorang ustaz, dia menukar kembali kepada nama asalnya iaitu Saharul.

Ini komennya:

“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja”

“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,”

Semoga setelah bertukar nama asal ini kehidupan Saharul akan sentiasa dilimpahi rezeki. InsyaAllah

51 Gambar Gaya Dan Fesyen Artis Di Anugerah MeleTop Era 2016

51 Gambar Gaya Artis Di Anugerah MeleTop Era 2016


Anugerah MeleTop Era telah berlangsung dengan meriah pada 28 Februari (Ahad). Anugerah yang penuh warna warni ini dihadiri ramai selebriti popular tanah air.

Anugerah MeleTOP ERA (AME 2016) dianjurkan oleh Astro Ria dan ERA fm dan berlangsung secara live di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

Antaranya Siti Nurhaliza, Lisa Surihani, KRU, Ella, Nora Danish, Scha Al Yahya, Johan, Zizan, Fafau, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Jom lihat gambar para selebriti di Anugerah MeleTop Era ini.

Layan gambar: