Ini Komen Norman KRU, Ziela Jalil Dan Hans Isaac Setelah Dapat "Datuk"


Ini Komen Norman KRU, Ziela Jalil Dan Hans Isaac Setelah Dapat "Datuk"


Tiga selebriti popular telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun ke-85 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Oktober tahun lepas, di Istana Abu Bakar.

Ini senarainya:

1) Norman KRU (Presiden Eksekutif Kumpulan KRU) 
2) Ziela Jalil (Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd) 
3) Hans Isaac (Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd)

Norman berkata pengurniaan darjah kebesaran itu sebagai satu penghormatan bagi dirinya sebagai anak seni dan memberikan lebih semangat kepadanya untuk bekerja lebih baik lagi bagi memajukan industri kreatif tempatan.

Ini Komen Norman:

“Saya akan lebih berusaha melakukan kerja yang dapat memberi kesan ke arah perpaduan termasuk menghasilkan filem dengan lebih memikirkan kesannya kepada masyarakat berbanding keuntungan semata-mata,” katanya.

Bagi Ziela Jalil pula, pengiktirafan ini telah menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk terus menghasilkan karya terbaik kepada masyarakat.

Ini Komen Ziela Jalil:

“Secara tidak langsung boleh mengangkat martabat industri kreatif tempatan,” katanya.

Hans Isaac pula berkata mendapat darjah kebesaran itu merupakan satu pencapaian terbesar untuk dirinya sepanjang kerjaya beliau dalam industri seni tempatan selain mengingatkan kembali kenangan ayahnya.

Ini Reaksi Hans Isaac:

“Pengurniaan darjah hari ini telah mengingatkan saya kembali kepada arwah ayah yang merupakan ADC (pengiring) kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang pada masa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong,” 

0 comments:

Post a Comment