Thursday, March 10, 2016

Elly Mazlein Umum Penceraian


Elly Mazlein Umum Penceraian


Semalam pelakon, Elly Mazlein baru sahaja memuatnaik gambar anaknya yang baru sahaja selamat dilahirkan.

Namun hari ini, dia mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya yang juga pengarah drama, Azmi Hatta.

Penceraian mereka sebenarnya sudah berlaku sejak tahun lalu lagi. Elly menyatakan dia berdiam diri kerana dia mahu menjaga aib bekas suaminya.

Ini komennya:

"Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.

"Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,"

"Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

"Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.

"Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini,"

Elly Mazlein selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur petang kelmarin. Elly dan bekas suami bernikah pada 9 November 2014.

0 comments:

Post a Comment