Wednesday, March 23, 2016

Izara Aishah Selesa Perut Buncit, Tak Terguris Dikutuk


Izara Aishah Selesa Perut Buncit, Tak Terguris Dikutuk


Pelakon Izara Aishah kini dikatakan sedikit berisi badannya dan kelihatan perutnya sedikit buncit berbanding sebelum ini.

Sehingga ada yang mengusiknya seperti mengandung kerana perutnya yang buncit itu. Izara Aishah sememangnya tidak melentng tetapi kembali mengaku kini perutnya buncit.

Pelakon yang sedang berpacaran dengan Adib ini selesa mempunyai perut yang buncit.

Ini komennya:

"Saya tidak kisah dengan apa saja komen negatif yang dilemparkan. Terus terang saya tidak terguris hati dengan soalan itu. Mana mungkin saya mengandung kerana saya sendiri belum berkahwin lagi. Oleh itu, dengan jujur saya memberi jawapan yang perut saya buncit.

"Saya selesa dengan bentuk tubuh saya. Sama ada gemuk atau kurus, itu terpulang kepada kehendak sendiri," 

"Sejak dari dulu lagi saya jarang baca komen di Instagram dan kebanyakan gambar yang dimuat naik adalah atas dasar kerja. 

"Kritikan yang membina, saya ambil untuk dijadikan sebagai rujukan dan nasihat. Namun bila ada yang menegur penampilan saya agak seksi dan setelah difikirkan kembali, ada benarnya komen itu, maka saya ambil sebagai nasihat,"

Izara kini sedang bahagia, sebab tu la buncit sebab banyak makan hehe.

0 comments:

Post a Comment