Saturday, March 12, 2016

Komen Kumpulan Cham Apabila Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2016


Komen Kumpulan Cham Apabila Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2016 


Akhirnya kumpulan Cham tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2016 pada minggu ke tuuh yang bertemakan muzikal.

Sebelum ini kumpulan Cham dilihat gagal menarik perhatian penonton dan para juri dengan lawaknya yang kurang menjadi selain chemistry antara Along dan Azrul yang dilihat kurang menjadi.

Ini komen Cham:

DAH JANGKA

“Kami dah buat sebaik yang mungkin untuk minggu ketujuh dan kami tahu sejak minggu lalu ramai yang persoalkan mengapa kumpulan Bos tersingkir, bukan Cham.

“Sejujurnya kami memang sudah jangka akan tersingkir minggu ini dan bukan rezeki kami untuk terus kekal di pentas MLM 2016,” 

BERMARUAH DAPAT "4 HA"

“Cham tersingkir dengan bermaruah kerana terima ‘Empat Ha’ akhirnya dan berjaya menghiburkan para penonton. Kami berdua tidak rasa menyesal langsung apabila tersingkir di minggu muzikal," 

MASALAH UTAMA

“Masalah utama kami ialah keserasian. Sudah lapan tahun Cham tidak pernah menyertai sebarang program realiti komedi bersama.

“Sebenarnya Cham sudah dapat rentak pada minggu kami buat “Double Stand Up Comedy” tetapi minggu lalu apabila kami cuba mengetengahkan idea yang baru,  tidak menjadi pula.

“Tetapi apabila juri beri komen positif untuk persembahan kami minggu ini sekurang-kurangnya idea kami boleh diterima,” 

TAK AKAN TAMBAH AHLI

“Cham tidak akan ada pertambahan ahli jika kami menyertai program MLM untuk edisi akan datang kerana itu memang prinsip kami,” 

0 comments:

Post a Comment