Friday, March 25, 2016

Komen Pakcik Ismail, Suami Kepada Remaja 18 Tahun


Komen Pakcik Ismail, Suami Kepada Remaja 18 Tahun


Telah viral kisah remaja 18 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 60an yang berbeza lebih dari 40 tahun jarak umur mereka berdua.

Pasangan ini kini menjadi tumpuan orang ramai kerana kisahnya dianggap unik dan membuktikan umur bukan penghalang untuk bercinta dan berkahwin.

Namun begitu, memang ada sesetengah pihak yang iri hati dan mengecam perkahwinan itu dan menjadikannnya bahan jenaka.

Suami, Ismail Lambak memberitahu, dia sudah dapat menjangkakan tohmahan orang ramai mengenai perkahwinannya itu.

Baca Juga:
~Kisah Perkenalan Mereka, Bagaimana Ismail Berjaya Memikat Nairah (KLIK SINI)

Menurut lelaki berusia 60an ini, perkahwinan bersama gadis pilihannya itu berlangsung secara tertutup pada minggu yang lalu kerana mahu menyembunyikan majlis tersebut.

Ini komen suami:

“Tiada apa yang luar biasa tentang perkahwinan kami. Bagaimanapun seperti yang saya jangkakan pasti ada pelbagai tohmahan daripada orang ramai,” 

“Saya jemput ahli keluarga terdekat saja, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar perkahwinan saya dan isteri di laman sosial.

“Gambar kahwin kami tersebar di Facebook, tetapi saya pun tidak membacanya kerana tidak mempunyai akaun laman sosial itu,” 

Apapun semoga berbahagia lah kepada pakcik Ismail dan isterinya yang muda remaja cun melecun itu. :)

Sumber: Metro


0 comments:

Post a Comment