Monday, March 21, 2016

Komen Pedas Mufti Perlis, Dr MAZA Bidas Raja Bomoh

Komen Pedas Mufti Perlis, Dr Maza Bidas Raja Bomoh


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Mohd Zain kembali menjadi tumpuan apabila membuat ritual untuk mengurangkan cuaca panas yang sedang melanda negara Malaysia ketika ini.


Dalam ritual terbabit, Raja Bomoh bersama beberapa pengikutnya telah mengangkat buah tembikai dan membalingnya ke lantai sehingga pecah.

Video ritual itu boleh ditonton DISINI

Ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh ini dikatakan kononnya petua petua orang "tua-tua" untuk menyejukkan cuaca yang panas.

Namun mufti Perlis, Dr MAZA telah menonton ritual ini dan terus membidas Raja Bomoh.

Ini komen Dr MAZA:

Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.

0 comments:

Post a Comment