Thursday, March 17, 2016

Pelakon Drama Hampir Bunuh Diri Ditinggalkan Suami


Pelakon Drama Hampir Bunuh Diri Ditinggalkan Suami


Pelakon drama Emma Akma kini akui telah bercerai dengan suami Omar Ramli. Emma Akma baru sahaja berkahwin tujuh bulan yang lalu.

Diaktakan Emma Akma dipergunakan bekas suami untuk mendapatkan hak penjagaan anak dari perkahwinan yang terdahulu. Disangka akan bahagia dengan Omar Ramli, rupanya ada agenda peribadi disebaliknya.

Emma Akma, 47 tahun mengakui sudah bercerai dengan suaminya yang berumur 48 tahun itu pada 14 Januari lalu selepas beliau membuat permohonan cerai fasakh pada Ogos 2015.

Ini komennya:

“Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh. lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak,” 

“Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika. Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu”

“Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri. Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan”

“Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula,” 

Macam macam hal. Inilah dugaan namanya. Semoga bertabah selalu dan menruskan kehidupan dengan lebih baik.



0 comments:

Post a Comment