Pendedahan Kisah "Detik Hitam" Radhi OAG


Pendedahan Kisah "Detik Hitam" Radhi OAG


Radhi dari kumpulan OAG merupakan nama yang cukup besar pada tahun 90an dengan lagu yang cukup popular seperti Knocked Silly dan 60's Tv.

Selain lagu Bahasa Inggeris, OAG mula mencipta nama dengan tampil menerusi lagu Bahasa Melayu yang amat catchy seperti NowWhy2, Slumber, Generasiku dan banyak lagi.

Tetapi dikatakan Radhi telah terlibat dengan kegiatan tak bermoral iaitu najis dadaah yg sekaligus mempengaruhi dirinya.

Radhi telibat dalam detik hitam dalam kehidupannya menyebabkan kariernya semakin suram.

Jom baca pendedahan dari radhi OAG sendiri:

"Saya Patut Dengar Cakap Paul Moss, Idzham Omar & Siti Nurhaliza. Suka kat Siti Nurhaliza huhu...Tak kedekut ilmu dan wang ringgit..."

“Saya mula terlibat dengan heroiin pada tahun 1994, apabila kawan saya memperkenalkan heroin. Pada masa tu saya terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat macam kumpulan-kumpulan rock yang jadi idola saya. Saya nak jadi hebat macam dorang, hebat dalam penulisan lagu dan muzik yang berkualiti…Kurt Cobain ialah salah seorang artis pujaan saya. Saya terlalu mengikut falsafah dan gaya hidup dia. Saya sangat muda dan tidak matang. Pada saya heroiin hanyalah ubat yang boleh buat saya segar dan bersemangat. Sehinggalah saya ketagih…”

"Saya lebih suka menyendiri, saya dah nampak kesan dadaah tu kat saya. Saya tak datang interview, tak datang recording. Saya bergaduh dengan semua orang termasuk lah Paul Moss dan Idham Omar. Saya tak suka jumpa keluarga. Saya melepaskan peluang untuk buat show di London. Melody Mocker pun ambil masa dua tahun untuk disiapkan sebab saya sangat ketagih. Bayangkan berapa banyak duit yang saya dah habiskan. Dah terlambat pun nak menyesal…”

“Kalau saya dengar cakap Paul Moss, Idham Omar dan Siti Nurhaliza, saya mungkin dah jadi artis no. 1 mengalahkan Siti pada waktu itu. Mungkin saya tak seperti sekarang. Saya dilahirkan di Sibu, dibesarkan di Sarawak dan fucked up di KL. Siti pernah mahu membawa saya mengikutinya tour sebanyak dua kali. Tapi saya melakukan kesilapan besar dimana saya terlepas kedua-dua flight tersebut”

“Kata Siti saya rugi sebab lepaskan peluang tu sebab saya ada potensi besar di Indonesia. Malah Siti ada bagi sejumlah wang untuk saya siapkan lagu yang tertangguh. Namun, sampai ke hari ini lagu itu masih belum siap. Saya berjanji akan menyiapkan lagu itu dan menyelesaikan hutang Siti. Lagu tu mungkin bukan lagu yang sama tapi mungkin kita boleh berduet?”

Jadikan pengajaran kepada semua.

0 comments:

Post a Comment