Monday, March 14, 2016

PM Najib Jawab Dakwaan Kononnya Sultan Johor Tak Mahu Salam

Perdana Menteri Jawab Dakwaan Kononnya Sultan Johor Tak Mahu Salam 


Sebelum ini, kecoh di laman sosial kononnya Sultan Johor tidak mahu bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia.

Satu video tersebar di laman sosial yang menjadi viral memperlihatkan Sultan Johor tidak bersalam dengan PM Najib Razak.

PM Najib ketika berucap di Felda, mengatakan bahawa beliau terkejut dengan penyebaran video tersebut kerana sebenarnya beliau bersama dengan Sultan johor dan minum teh dengannya.

Ini komen penuh PM Najib:

“Saya geleng kepala tengok dalam sosial media. Sultan Johor tunggu saya di istana, minum teh dengan dia, naik kereta yang dipandunya. Saya duduk sebelah Sultan Johor, berbual dalam kereta, takkan itu pun salam lagi, nanti orang kata gila, istana dah salam, naik kereta sama, nak salam lagi?”

Itulah yang dikatakan oleh PM Najib tentang hal ini.

0 comments:

Post a Comment