Sunday, March 6, 2016

Siti Nurhaliza Terkejut Dengan Kenyataan Anggun


Siti Nurhaliza Terkejut Dengan Kenyataan Anggun


Penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza bakal membuat konsertnya iaitu Konsert Dato Siti Nurhaliza and Friends yang akan berlangsung di Stadium Negara, 2 April depan.

Dalam satu kenyataan, Siti Nurhaliza ternyata terkejut apabila Anggun mahu berkongsi pentas dengannya di konsert tersebut.

Anggun dikatakan bakal mendendangkan salah satu daripada lagunya pada konsert tersebut.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Bagai mimpi apabila pihak Yonder Music melahirkan hasrat mahu mengadakan konsert saya. Lebih menggembirakan saya apabila hasil perbincangan bersama kami keluar dengan senarai artis hebat dan teman rapat saya yang akan turut bersama dalam konsert nanti.

"Paling saya tidak sangka apabila saya diberitahu yang Anggun menyatakan kesudiannya menerima pelawaan menjayakan konsert saya ini. Malah dia memilih mahu menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa. 

"Dia juga meminta saya menyanyikan lagunya. Saya akan menyanyikan lagu Snow on The Sahara. Saya anggap permintaannya itu sebagai satu penghormatan,"

Konsert eksklusif itu juga bakal juga menampilkan penyanyi hebat lain iaitu Faizal Tahir, Hafiz Suip, Anggun, Afgan dan Cakra Khan.

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment