Saturday, April 23, 2016

Artis Gaduh: Ruhainies Kecewa Sikap Janna Nick


Artis Gaduh: Ruhainies Kecewa Sikap Janna Nick


Pelakon wajah persisi Nora Danish iaitu Ruhainies akui terkilan apabila Janna Nick masih memanjangkan isu pergaduhan mereka.

Walauun Ruhainies telah membuat kenyataan terbuka telah memaafkan kesalahan pelakon itu, Janna telah memuat naik video berserta kepsyen mencemuh dirinya sebagai kurang matang.

Ini komen Ruhainies:

“Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja”

“Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya”

“Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,” 

Pergaduhan bermula apabila Janna dikatakan menghasut pengarah terkenal, Micheal Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai teraju utama didalam filem arahan terbarunya, Kimchi Untuk Awak.


0 comments:

Post a Comment