Thursday, April 28, 2016

"Dia Ada Hasad Dengki, Cemburu Dan Tak Matang" - Arja Lee


"Dia Ada Hasad Dengki, Cemburu" - Arja Lee


Arja Lee merupakan salah seorang peserta didalam program Gempak Superstar.

Penyertaan Arja Lee rupa- rupanya mengundang cemburu daripada salah seorang peserta lain didalam program itu sehingga menyindir beliau.

Arja berpendapat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ternyata berasa terkejut apatah lagi sebelum ini mereka berdua tidak pernah bekerjasama dan tidak mengenalinya sangat.

“Bagi saya perkara sebegini tidak patut berlaku. Sepanjang bergelar artis saya tidak pernah rapat apatah lagi bekerjasama dengannya. 

 “Namun, saya perasan dia cuba menimbulkan masalah. Malah, sejak pengumuman sidang media lagi saya dapat tahu perkara ini. Mungkin dia menanti reaksi daripada saya, tetapi saya diamkan saja,” 

“Saya sentiasa sedar diri. Kalau betul dia mencemburui saya disebabkan pengalaman yang sedikit sebagai penyanyi, tidak guna juga. Bukan apa, program ini memberi kuasa kepada peminat untuk mengundi. 

 “Jadi, terang-terangan dari segi populariti dia sudah menang. Dia tidak perlu rasa takut atau tercabar pun. Sebab itu, setiap minggu saya berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memenangi hati juri dan penonton,” 

“Masing-masing sudah matang, jadi tidak perlu wujud permusuhan walaupun sedang bertanding. Ini kerana di luar nanti pasti berjumpa dan bekerjasama. 

 “Buang perasaan hasad dengki dan tidak puas hati itu. Tidak perlu nak menyindir saya dengan perkataan yang boleh mengundang persepsi negatif pihak lain terhadap saya. 

 “Salah satu tujuan saya menyertai program ini adalah untuk belajar dan menuntut ilmu daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang muzik. Bukan nak cari musuh,” 

 “Orang tahu saya pernah menyanyi serta memiliki single. Namun apabila memasuki pertandingan realiti, populariti lebih menjadi perhatian. Saya akui jauh ketinggalan kalau populariti jadi ukuran. 

 “Justeru, setiap minggu sebelum persembahan saya mesti berada di kedudukan tercorot. Mungkin saya jarang melobi diri bagi meraih undi peminat. Saya sekadar mempertaruhkan bakat,” 

“Apabila tahu berada di tempat pertama, ia umpama magis. Peminat saya tidak seramai peserta lain. 

 “Apa saya lakukan setiap minggu adalah mempertaruhkan bakat yang ada. Sudah memadai jika persembahan saya mendapat maklum balas positif juri,” 


Sebelum ini Arja Lee hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu me­ngeruhkan lagi suasana. Biarpun sakit mata dan telinga mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut artis itu, dia bertahan, jauh sekali mengadu dengan sesiapa. 

0 comments:

Post a Comment