Thursday, April 7, 2016

Ini Respon Nora Danish, Bakal Kahwini Nedim?


Ini Respon Nora Danish, Bakal Kahwini Nedim? 


Pelakon jelita Nora Danish telah memberi sedikit komen tentang status hubungan terkininya dengan kekasihnya, Nedim Nazri.

Ini berlaku setelah tidak menolak kemungkinan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih, Nedim Nazri, pada tahun ini juga selepas tiga tahun bercinta.

Nora Danish juga akui pernah berbincang tentang hal itu, namun mereka berdua belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit.


Mengenai kenyataan dibuat bapa Nedim iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Nora ternyata terkejut dengan berita tersebut.

Nazri Aziz yang juga Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan dilihat seperti memberi lampu hijau kepada Nedim dan juga Nora Danish. (BACA SINI)


Ini komennya:

BAKAL KAHWIN

"Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru ke arah itu kerana ia juga perkahwinan kedua saya.

"Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana. Apa yang penting ialah kami sah bergelar pasangan suami-isteri," 

RESPON KEPADA KOMEN BAPA NEDIM

"Saya tidak sangka ada pihak media yang bertanyakan hal itu kepadanya (Nazri). Saya pula tak mahu ulas perkara terbabit kerana menghormati statusnya sebagai seorang menteri.

"Bagaimanapun, saya pernah beberapa kali bertemu dengan beliau, begitu juga dengan emak Nedim. Mereka tahu kami bercinta," 

Sememangnya ramai peminat menantikan pasangan ini untuk berkahwin. Sama cantik dan sama padan.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment