Saturday, April 16, 2016

JAIS Serbu Rumah Pelakon Faye Kusairi


JAIS Serbu Rumah Pelakon Faye Kusairi


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu rumah keluarga pelakon Faye Kusairi yang terletak di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Selangor.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 2.30 pagi setelah pihak JAIS menerima aduan kes khalwat yang sebenarnya palsu.

Faye telah meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap kecuaian pihak JAIS yang menyebabkan maruah keluarganya tercalar.

Pelakon cantik itu berasa teraniaya apabila ada pihak membuat laporan palsu berkenaan insiden itu.

Ini komennya:

“Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini.

“Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung.

“Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi.

“Saya ada hak untuk mengetahui siapakah pengadu itu kerana selain menjatuhkan maruah, saya juga risau akan keselamatan saya,”

Faye juga telah membuat laporan polis berhubung keselematan dirinya selepas kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment