Monday, April 4, 2016

Komen Mira Filzah Apabila Baju Sebiji Sama Macam Langsir


Komen Mira Filzah Apabila Baju Sebiji Sama Macam Langsir


Kini gambar pakaian yang digayakan pelakon Mira Filzah dalam satu sesi penggambaran untuk majalah kelihatan sungguh sama dengan corak langsir.

Gambar itu telah tersebar di laman sosial dan menjadi viral. Mira Filzah yang dihubungi oleh wartawan BH Online memberi respon yang amat baik sekali.

Pelakon comel itu menyifatkan perkara tersebut sebagai lucu selain tidak terkilan atau melenting setelah diejek orang ramai.

Ini komennya:

“Baju itu dipakai bagi menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah dan ia disediakan sendiri oleh pihak wartawan media berkenaan. 

“Tetapi, jika diamati, baju itu sangat cantik. Tidak sangka pula ada corak sama bagi kain langsir”

“Lucu pula apabila ada yang membandingkan baju berkenaan dengan langsir terbabit. Jujurnya, saya tidaklah berasa malu atau kecil hati pun dengan perbandingan itu. Tetapi selepas kejadian ini, mungkin saya akan lebih berhati-hati dengan setiap baju yang digayakan,”

Sumber: BH


0 comments:

Post a Comment