Wednesday, April 6, 2016

Lagi Komen Dari Fizo, Isu Video Berebut Beli Tudung Fareeda


Lagi Komen Dari Fizo, Isu Video Berebut Beli Tudung Fareeda



Baru-baru ini Fizo ada memberi sedikit respon melalui mesej whatsapp ke Berita Harian Online. Boleh baca komen Fizo tersebut DI SINI.

Kini dalam satu kenyataan terbaru Fizo Omar melalui Utusan Online, suami Mawar ini menjelaskan perkara tersebut (video berebut dan merusuh) sengaja diperbesarkan oleh sesetengah pihak.

Ini komen Fizo:

"Tidak, ia langsung tidak se­perti yang dihebohkan oleh mereka. Tidak ada adegan merusuh atau kecederaan. 

"Apa yang berlaku, pada kami bukanlah satu isu yang besar pun. Bagaimanapun, saya percaya ada pihak yang cuba campur tangan sehingga perkara ini mendapat perhatian dengan cara yang salah"

"Saya percaya mereka yang mengeluarkan komen di laman sosial itu sebenarnya tidak berada di sana sewaktu hari kejadian, jadi mereka hanya mengambil kesem­patan untuk memanaskan keadaan"

Bagaimanapun menurut Fizo, dia tidak akan mengambil akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang sengaja menyebarkan perkara yang tidak benar.

0 comments:

Post a Comment