Wednesday, April 6, 2016

Pendedahan Marsha Tentang Sikap Suaminya


Pendedahan Marsha Tentang Sikap Suaminya


Penyanyi, pengacara dan pelakon Marsha Milan Londoh telah membuat pendedahan tentang sikap suaminya.

Penyanyi ini akui, segala aktiviti yang ingin dikongsi di akaun sosial media sendiri dikawal rapi oleh suaminya., Mohamed Shaiful Nizam.

Tindakan itu bertujuan untuk menghalang sesuatu perkara negatif timbul memandangkan Marsha berstatus selebriti di Malaysia.

Sebagai artis sekiranya berlaku kesilapan dari segi perilaku, gaya pemakaian, pertuturan, pasti akan menimbulkan kekecohan daripada orang ramai.

Oleh itu, Shaiful sangat menjaga tingkah laku, segala gurauan isterinya bagi mengelak menjadi bahan kritikan orang lain.

Ini komen Marsha:

"Kadang kala saya tidak sedar tingkah laku dan gurauan saya kelebihan hingga melanggar sensitiviti mana-mana pihak. Oleh itu, suami saya bersikap 'protective' dan menjadi orang pertama yang mengkritik sekiranya gambar itu kurang sesuai."

Tambahnya lagi, Marsha mengambil segala nasihat dan kritikan yang diberi sebagai panduan untuk menjadikan dirinya lebih baik dari hari ke hari.

0 comments:

Post a Comment