Tuesday, April 5, 2016

Pendedahan Sebenar Kes Jimmy Shanley Didakwa Tak beri Nafkah Anak


Pendedahan Sebenar Kes Jimmy Shanley Didakwa Tak beri Nafkah Anak


Keluarga bekas isteri kepada Jimmy Shanley telah mendakwa selebriti ini mengabaikan tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa dan tidak memberikan nafkah kepada anaknya.

Terkejut dengan dakwaan itu, Jimmy Shanley telah memuatnaik sekeping gambar Di IG miliknya yang menunjukkan simpanan resit pemindahan wang Maybank sebagai bukti yang beliau pernah menghantar wang belanja atau nafkah untuk anaknya.

Nampaknya pendedahan ini menjelaskan perkara sebenar. Jimmy sememangnya membayar nafkah anak tidak seperti yang didakwa sebelum ini.

Ini gambarnya:



Ini tulis Jimmy:

“Wahai anakku, jangan main dengan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duduk sesama pun dan nafkah kakak. Dari bulan Oktober 2010 sampailah ke April 2016 ni tak pernah lagi tercicir walaupun sebulan” 

 “Daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah orang berada beri sekadar mampu tapi yang penting beringat dan lebih dari satu sen,”

Sementara itu, bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi yang juga merupakan Ketua Pegawai eksekutif Natasya Holdings telah menjalani hukuman penjara selama tiga hari pada minggu lepas di Penjara Kajang selepas melanggar perintah mahkamah berhubung hal jagaan anak.


0 comments:

Post a Comment