Thursday, April 14, 2016

Penyanyi Jelita Dipukul Kekasih Yang Juga Penyanyi Rock Popular


Penyanyi Jelita Dipukul Kekasih Yang Juga Penyanyi Rock Popular


Salah seorang anggota kumpulan ZiaBella telah dipukul oleh kekasihnya yang juga merupakan penyanyi rock terkemuka tanah air.

Shazia Mohd Rozaini (Zia) telah membuat kenyataan rasmi tentang dirinya dipukul oleh kekasih yang berlaku bulan lalu.

Ekoran kejadian itu, Zia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, yang menyaksikan bekas vokalis sebuah kumpulan itu ditahan seketika.


Zia berkata dia tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai kejadian itu kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis. 

Penyanyi jelita ini yang popular menerusi lagu "Unfollow Hatiku" bertindak membuat laporan polis demi keselamatannya setelah disaran oleh ibunya.

Dedahnya lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama berlaku terhadap dirinya.


Ini komennya:

 "Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis. 

"Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga. 

"Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah," 


"Saya bercinta dengannya lebih sembilan tahun dan tak sangka pula begini pengakhirannya. 

"Tetapi saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Walaupun bukan mudah, saya akan terus pandang ke hadapan dan tidak mungkin akan kembali kepadanya semula,"


Sementara itu, penyanyi rock berkenaan ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes terbabit.


0 comments:

Post a Comment